Kepenggunaan seringnya berkait dengan dunia Barat, tetapi sebenarnya bersifat berbilang budaya dan tidak bergantung kepada kawasan geografi. Orang yang membeli dan menggunakan barang yang melebihi keperluan asasnya adalah sesuatu perkara yang wujud sejak tamadun pertama (sila lihat Mesir Kuno, Babylon, dan Rom Kuno, misalnya). Sejak permulaan kepenggunaan, berbagai individu dan kumpulan telah sengaja mencari-cari gaya kehidupan yang alternatif menerusi kehidupan sederhana.
Penggunaan lagak, istilah dan konsep yang lebih lama, berasal pada peralihan abad ke-20 dalam karya ahli sosiologi dan ahli ekonomi, Thorstein Veblen. Istilah itu memerihalkan jenis kelakuan ekonomi yang tidak rasional dan membingungkan. Cadangan Veblen yang pedas bahawa penggunaan yang sia-sia merupakan sejenis bentuk pameran kekayaan telah dijadikan pemerhatian lucu yang samar-samar seperti yang berikut:
"Adalah lebih benar tentang pakaian berbanding dengan kebanyakan barang penggunaan yang lain bahawa manusia sudi mengalami kekurangan keperluan hidup yang lain supaya mampu membeli apa yang dianggap mereka sebagai jumlah penggunaan sia-sia yang memuaskan; oleh itu, tidaklah jarang kejadiannya bahawa dalam keadaan iklim yang buruk, orang akan memakai pakaian yang terlalu mendedahkan supaya kelihatan berpakaian anggun." (The Theory of the Lesiure Class (Teori Kelas Mewah), 1899).
Istilah "penggunaan lagak" tersebar untuk memerihalkan kepenggunaan di Amerika Syarikat pada dekad 1960-an, tetapi tidak lama kemudian dikaitkan dengan perdebatan tentang teori media, penyesakan budaya, dan ekorannya, produktivisme.
Sedangkan kepenggunaan bukannya fenomena yang baru, ia tersebar luas pada sepanjang abad ke-20, khususnya pada dekad-dekad kebelakangan ini. Pengaruh kapitalisme neoliberal telah menyebabkan warganegara di negara-negara kapitalis menjadi terlalu kaya, berbanding dengan mereka yang hidup di bawah sistem-sistem ekonomi yang lain.
No comments:
Post a Comment