Friday 23 March 2018

KPDNKK giat periksa premis jual barang tiruan khususnya di Kuala Lumpur


 KPDNKK giat periksa premis jual barang tiruan khususnya di Kuala Lumpur Bahagian Penguatkuasa KPDNKK akan mempergiatkan lagi pemeriksaan ke atas premis yang menjual barang tiruan khususnya di Kuala Lumpur.

Hanya satu aduan skim kawalan harga Aidilfitri - Hasan Malek





Hanya satu aduan skim kawalan harga Aidilfitri - Hasan Malek 


Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri bermula dari 7 hingga 23 Julai ini. - Gambar Fail

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menerima satu aduan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini, berbanding 10 aduan tahun lepas.


DeviantArt

Semenjak dua minggu ini saya memulakan projek yang terbaru yakni dengan memulakan account DeviantArt

Wednesday 28 February 2018

Isu boikot peniaga soal kepenggunaan, bukan perkauman

Oleh Mior Kamarul Shahid
miorkamarul@gmail.com

Walaupun pengguna boleh menerima alasan kenaikan harga barang berpunca daripada kenaikan bahan api, mereka tentu berharap peniaga menurunkan harga sejajar penurunan harga bahan api berkenaan. Ia menggambarkan seolah-olah kuasa untuk menaik dan menurunkan harga hanya terletak di tangan peniaga.

Peniaga ambil kesempatan

Bagi pengguna, tindakan peniaga berkenaan menunjukkan mereka tidak ikhlas terhadap pengguna dan hanya mahu mengambil kesempatan daripada semua keadaan. Ketika harga petrol naik, mereka untung, ketika harga jatuh pun, mereka untung.

Sebaliknya, kerajaan yang menjadi sasaran dan dipersalahkan oleh pengguna sehinggakan pada pilihan raya, harga barang menjadi isu politik. Pihak penguat kuasa juga menjadi sasaran kerana dianggap tidak bertindak tegas terhadap peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga.

RM3.2 juta nilai rampasan isu kepenggunaan


Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bh.com.my


PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merekodkan 945 kes berkaitan isu kepenggunaan di Sabah sepanjang tahun ini membabitkan RM3.2 juta nilai rampasan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sabah, Yahya Sujak, berkata ia membabitkan pelbagai jenis rampasan dan salah laku dengan kutipan kompaun RM544,000 dan lebih RM314,000 dikenakan oleh mahkamah kepada pihak terbabit.

"Berdasarkan jumlah kompaun dan nilai rampasan direkodkan ia adalah kejayaan terbesar tahun ini dan mahu sokongan serta maklumat orang ramai berkaitannya.